Faktor-Faktor Berlaku Perubahan Iklim
Faktor berlaku perubahan iklim ini secara mejoritinya adalah diakibatkan oleh manusia sendiri. Kegiatan harian manusia mempunyai hubungan langsung dengan alam semula jadi dan memberi impak kepada bumi dalam jangka masa yang panjang. Berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim.
Pembakaran Bahan Fosil
Pembakaran bahan api fosil membebaskan haba yang tinggi , meningkatkan kepekatan gas karbon dioksida dan membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera bumi.
Kegiatan Perindustrian
Kegiatan perindustrian membebaskan bahan pencemar ke udara yang akan menyebabkan pencemaran udara pada skala yang besar khususnya di kawasan yang padat dengan kilang-kilang industri.
Aktiviti Pembalakan
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dan tidak terancang yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan dan bukan kerjaan. Sesetengah pembalakan juga merupakan pembalakan haram yang tidak terkawal dan dilakukan tanpa mengambil kira impaknya kepada alam semula jadi.
Kredit: Sarawakvoice
Kegiatan Harian Manusia
Penggunaan barang-barang harian seperti peti ais , pendingin hawa dan kenderaan bermotor juga menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim. Penggunaan peti ais, pendingin hawa dan kenderaan bermotor membebaskan gas kloroflorokarbon (CFC) yang akan menipiskan lapisan ozon.
Sedar tak sedar kita menjadi penyebab kerosakan bumi huhuhuhu
BalasPadam