Apakah Perubahan Iklim ?
Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang. Perubahan ini biasanya dapat dikesan setelah berdekat-dekat perubahan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kepekatan gas rumah hijau dan pelbagai aktiviti manusia. Perubahan ini adalah seperti peningkatan suhu dunia, perubahan cuaca, kenaikkan paras air laut dan banyak lagi.
Credit : Institute of Entrepreneurship Development
Telah ramai individu-individu yang menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Malangnya sesetengah pemimpin tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan dan ada yang lebih teruk lagi tidak memedulikannya sama sekali dan menganggap perubahan iklim sebagai satu mitos. Peristiwa ini dialami oleh Greta Thunberg seorang tokoh muda yang juga dipilih sebagai "Times Magezine Person Of The Year 2019" di mana Greta adalah salah seorang yang mempunyai suara yang kuat dan pandangan yang menjadi tumpuan masyarakat. Namun , hal itu tidak menggerakkan hati pemerintah untuk terus mengambil tindakan, malah ramai golongan-golongan yang lebih tinggi kedudukannya menuduh Greta tidak mempunyai pandangan yang boleh di ambil serius kerana usianya yang masih muda dan di anggap belum mampu berfikir sendiri. Ada juga yang mengatakan Greta hanya mengejar populariti dan ada yang menyuruhnya untuk kembali duduk di rumah dan hanya bersekolah seperti remaja-remaja lain. Akan tetapi , kata-kata negatif ini tidak sama sekali melemahkan semangat Greta Thunberg untuk terus berjuang. Dia meneruskan perjuangannya meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kini menjadi inspirasi kepada ramai generasi muda.
Paparan Video Apakah Perubahan Iklim?
Kredit : Channel Youtube BMKG Padang Panjang
Greta Thunberg Time Person Of The Year
Kredit : Channel Youtube TIME
Sy pun terinspirasi daripada Greta Thunberg !!!!!
BalasPadamww, sngt informatif
BalasPadamIlmu yang sangat berguna!!!! Terima kasihhh
BalasPadamPerkongsian yang padat dan ringkas..Keep it up !!
BalasPadam