Kesan Perubahan Iklim

Peningkatan Suhu Bumi ( pemanasan global )

Kredit : Pinterest

    Gas rumah hijau yang telah dibebaskan oleh aktiviti manusia akan menghalang haba daripada keluar ke angkasa. Hal ini akan mengakibatkan udara panas terperangkap di atmosfera dan memanaskan bumi.

Keadaan bumi yang semakin panas menjadi persekitaran yang tidak sesuai untuk sesetengah hidupan dan membawa kepada kepupusan banyak spesies haiwan dan tumbuhan.

Pencairan Ais Kutub ( Peningkatan aras air laut )

Kredit : Pinterest 

    Suhu bumi yang panas berterusan setiap tahun telah mendorong pencairan bongkah-bongkah ais atau glasier di kutub utara dan kutub selatan. Keadaan ini sekali gus akan menjadi penyebabkan peningkatan paras air laut.

Ekosistem terganggu
Kredit: MYNEWSHUB

    Perubahan iklim juga mempengaruhi biodiversiti dan ekosistem haiwan dan tumbuhan. Suhu pasir di pantai menentukan betina telur penyu yang dilahirkan. Pasir pantai yang panas akan melahirkan penyu betina yang pada satu tempoh masa akan melebihi jumlah penyu jantan dan menyebabkan gangguan pada kadar pembiakan penyu.

Kebakaran Hutan

Kredit : Berita Harian

    Peningkatan suhu bumi akan menyebabkan hutan menjadi kering dan mudah terbakar. Di tambah pula dengan keadaan udara yang sangat kering menggalakkan berlaku kebakaran hutan. Tahun 2021 telah mencatatkan banyak kebakaran hutan yang terbesar dalam tempoh 100 tahun.




INFO TAMBAHAN

Kredit : Channel Youtube Kok Bisa

Video Berkenaan Pencairan Ais Kutub


Impak Pemanasan Global ( PDF )

Ulasan

  1. Climate change is real and yet many people still do not believe it.

    BalasPadam
  2. Allahu, kita sdh brada dfasa akhir

    BalasPadam

Catat Ulasan